Monday, July 7

Feel it.

Its hard.
Susah sangat orang nak faham perasaan kita ni.
Tak mudah. Apa yang aku rasa orang tak rasa.
Aku sakit. Aku jatuh.
Perit, aku yang rasa. Aku yang tanggung.
Memanglah orang kata jangan simpan sorang.
Share lah dengan kawan-kawan. At least sorang.
Thats makes u feel better? Iye, memang rasa better. But bukan orang faham kita.
Even kawan baik pun. Mungkin diaorang faham. But half of it je kot.

Aku rasa simpan lebih baik. Walaupun perit.
Tak perlu susahkan orang. Perjalanan hidup aku masih jauh.
Aku sedar. Tak perlu nak over dalam usia muda ni.
Banyak lagi kena tempuh husna. Banyak lagi.
Sabar. Tahan.
Biarla sakit. Tuhan ada. 
Mengadula dekat dia. Dia yang akan selalu ada untuk kau.
Aku je senang sangat lupa tuhan.
Padahal blessings from him tu la yang paling penting dalam hidup, husna.

Hidup ni banyak sangat dugaan.
Dan Allah takkan bagi dugaan kepada hambanya kalau hambanya tak cukup kuat.
Tempuh je. Doa lah.
Mesti ada hikmah. Aku memang la salah satu daripada remaja yang kat luar sana
yang suka sangat hu ha hu ha. Sampai lupa tuhan. 
Tapi muhasabahlah diri. Duduk sekejap sebelum tidur dan fikir.
Benda yang kau buat harini betul ke tak.
Sebab time time macam tu je kepala otak kau slow down.
Aku pun selalu sangat miss untuk muhasabah diri.
Padahal diri sendiri tu bukanya bagus.

Rajinkan berdoa husna.
Bangun baca Al-Quran tu sikit.
Jangan pandai beli kemas and susun.
Buat berhabuk.
Aku tak alim. Aku bukan lah muslim yang baik dan sempurna.
Tapi aku ada niat untuk jadi lebih baik dari sekarang.
Mungkin bukan perubahan yang drastik.
Slow slow. Allah nampak usaha.
Semoga hari esok lebih baik. Amin Ya Allah.